Monday 24 November 2014

Bata Kekunci


KERJA BATA


Pengenalan

Bata merupakan bahan binaan yang telah lama digunakan dalam sektor pembinaan di Negara kita. Bata adalah bahan yang tahan lama. Kebanyakan batu-bata diperbuat daripada tanah liat. Batu-bata dibuat dengan menggunakan tangan atau mesin.


Bata-bata yang dibentuk melalui tekanan biasanya mempunyai lekuk muka pada permukaan atas bata. Batu-bata yang diperbuat dengan mesin terdiri daripada tanah liat yang ditekan dengan alat penekan hidraulik. Batu-bata yang telah dibentuk akan dikeringkan dan kemudiannya dibakar. Bata juga terdapat dalam pelbagai jenis. Saiz piawaian batu-bata ialah 215 mm x 112.5 mm x 75 mm.